NADI Rantau Panjang - NADI Wellbeing – Bangun Tidur Tangan Kebas?3 Tanda Carpal Tunnel Yang Ramai Abaikan S141

2 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan program NADI Wellbeing pada 01 July 2026, Rabu jam 11:00 pagi 11:20 pagi selama 20 minit .Platform yang digunakan ialah Podcast.

Antara isi kandungan podcast ini ialah Bangun tidur tangan kebas sampai kena goncang-goncang dulu? 😳

Jangan terus anggap sebab salah tidur. Ia mungkin tanda awal Carpal Tunnel Syndrome — keadaan di mana saraf di bahagian pergelangan tangan tertekan.

Antara tanda yang perlu diberi perhatian:
✅ Kebas pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah atau sebahagian jari manis
✅ Kebas lebih ketara waktu malam atau awal pagi
✅ Genggaman tangan makin lemah atau barang mudah terlepas

Kalau kerap berlaku atau makin teruk, jangan biarkan sampai mengganggu aktiviti harian. Dapatkan pemeriksaan awal.

Semoga info ini dapat membantu komuniti untuk mengenalpasti sekiranya mengalami gejala seperti berikut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali